Friday, 4 October 2013

VOTE 4NKB

Menjadikan UMNO bahagian Kuala Kangsar sebagai pencetus inspirasi generasi UMNO yang luar biasa dengan idea yang luar biasa. Maslin Sham Razman akan menjadikan perwakilan sebagai nadi pertama sebagai pencetus era baru, dalam penglibatan menyeluruh perwakilan UMNO dalam meningkatkan tahap ekonomi, sosial, secara realiti dan nyata. Mandat sebagai Naib Ketua Bahagian Kuala Kangsar adalah langkah memastikan Jentera bahagian memenuhi inspirasi ini. Maslin Sham Razman akan mengabungkan kepakaran yang ada disemua peringkat samada di bahagian UMNO dan kerajaan negeri yang diwakili oleh saya untuk kebaikan semua pihak yang terlibat. Anda adalah pencetus era ini dan anda akan mengerti apabila anda memberi mandat kepada Maslin Sham Razman anda akan merasa denyut nadi UMNO sebenar benarnya. "VoteSham4NKB"Maslin Sham Razman akan sentiasa bersama dengan anda.

Nilai kekuatan program untuk semua cabang bahagian Kuala Kangsar akan digerak bermula dengan penyusunan semua perwakilan menjadi mentor secara langsung dan tidak langsung.Untuk menjadi perwakilan sebagai denyutan nadi UMNO secara sistematik maka era telah bermula menjadi perwakilan adalah lapisan pertama yang akan dilatih dan terlatih untuk meningkat imej UMNO yang berjaya dan luarbiasa hebatnya.